Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebentar tadi membenarkan pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim menarik balik permohonan berpoligami selepas Ashraf mengaku bernikah kali kedua dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand pada Ahad lalu.
Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab turut memerintahkan Ashraf atau nama sebenarnya Mohd Ashraf Muslim, 32, membayar kos sebanyak RM8,000 kepada isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, sebagai kos mahkamah.

Lokman Abdul Hamid, 52, bapa mertua Ashraf Muslim, mendakwa dia dan keluarga kesal dengan keputusan Ashraf berkahwin di Thailand sebelum mahkamah membuat keputusan berkenaan permohonannya untuk berpoligami.
(gambar di bawah) Wan Sakinah
Bacalah luahan hati bapa DAYANA!!!!
Lokman Abdul Hamid, 52, bapa mertua Ashraf Muslim, mendakwa dia dan keluarga kesal dengan keputusan Ashraf berkahwin di Thailand sebelum mahkamah membuat keputusan berkenaan permohonannya untuk berpoligami.
Beliau yang ditemuramah oleh Harian Metro memberitahu, semua terkejut apabila Ashraf memberitahu tentang pernikahannya di mahkamah hari ini.
Tambah Lokman, Noor Dayana, 26, hanya mengetahui Asyraf, 32, telah bernikah dengan Wan Sakinah, 29, pada hari Selasa setelah berjumpa itinerari penerbangan Ashraf dalam beg kembaranya. Apabila ditanya oleh Dayana, barulah Ashraf mengaku dia telah menikah kali kedua (di Thailand). Bagi Lokman, ia bukan perkara yang elok.
Lokman turut memberitahu yang Ashraf telah memfailkan permohonan berpoligami pada April lepas, bagaimanapun perbicaraan ditangguh kerana Dayana tidak diwakili peguam.
Lokman juga mengesahkan yang Dayana tidak rela dimadukan, kerana itu dia menuntut perbicaraan di mahkamah.
Sukar juga memberi pendapat berkenaan perkara ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Diharap Dayana dapat bersabar dengan pilihan yang dibuat oleh Asyraf, semua pasti ada hikmahnya.







0 comments:
Catat Ulasan